Tuesday, January 5, 2010

Masalah... masalah..

Hari nie adik aku, Sofia mula sekolah petang sebab SK Pauh Lima dalam proses renovate so diaorang tak cukup kelas. Sekolah mula pukul lebih kurang pukul 1 sampai 6.30. Yang jadi masalahnya ialah mak dan abah aku mengajar pagi so diaorang pagi-pagi lagi dah keluar dan disebabkan aku duduk kat rumah, aku yang kena handle adik aku. Bagi dia makan dulu, mandi pakai baju semua. Minah tue pulak banyak songeh, cikgu suruh bawak kain sembahyang, suruh ikat tali beg.... warghh... kenapa aku?

Nak dijadikan cerita... semalam mak aku pesan suruh siapkan Sofia dan tok abah akan datang ambik dia pukul 1. So, lebih kurang pukul 12, aku suruhler Sofia pergi mandi and aku pulak baru nak goreng telur untuk Sofia tiba-tiba mak sedara aku, Cik Yah datang cakap dia akan hantar Sofia pegi sekolah sebab tok abah tak dapat datang. Hah... Sofia baru mandi! Cepat-cepat aku siapkan Sofia pastue baru aku teringat duit belanja dia... aduss tak pesan pun tinggal duit kat sofia. Aku pulak lagiler takde duit. Cik Yah bagi seringgit kat Sofia.

" Abah bagi 3 riya sokmo...' Sofia bisik kat aku.

Budak nie, ambik jelah daripada takde langsung. Bila aku tengok adik aku dari jauh dia naik motor ngan Cik Yah, aku rasa kesian pulak kat budak tue. Aku betul-betul blank pagi tadi..... Tak lama pastue aku lepak kejap kat meja kerja abah aku dan aku nampak... 3 keping duit seringgit atas meja tue. Halamak, nie mesti duit Sofia. Arghhh... tension betol!. Sepantas kilat aku tukar baju, pakai tudung dan mengatur langkah ke sekolah lamaku itu.

Sampai kat sekolah.. wah memang dah berubah dan sekolah tue nampak makin buruk sebab kerja-kerja pembinaan. Kawasan sekolah pun dah berubah, kelas-kelas buat daripada kayu jew untuk kelas sementara, dah macam sekolah kat sabah sarawak je. Aku kena cari kelas adik aku pulak, round punya round aku nampak kelas darjah 6, 5, 4, 2 tapi tak nampak darjah 3 ( adik aku 3 Gamma ). Ishh... pehal nie?? Jalan jap... oopp, namapk Sofia tengah main ngan kengkawan dia dalam kelas. Patutler tak jumpa kelas dia, takde signboard pun. Aku hulur duit kat Sofia dan pesan suruh dia beli nasik. Pastu aku blah. Adaler jumpa cikgu sekejap, aku pun terkejut cikgu masih kenal aku walaupun dah 5 tahun tak jumpa.

Letih betul jalan kaki pergi balik. Jauh wooo... sekolah tue. Nampaknya aku kena banyak bersabar dan uruskan adik aku. Sekarang nie aku tengah bayangkan macam mana pagi esok. Hummm....

Friday, January 1, 2010




WISHING YOU A HAPPY BIRTHDAY AND YOU DO KNOW RIGHT THAT I LOVE YOU MORE THAN ANY OTHER THING.

Sunday, December 27, 2009

HaPpy biRThdaY

27 December 2009
SWEET 19TH BIRTHDAY TO MY DEAR SISTER
Shabirah bt Saiful Marsidi

WISHES: may you will have a wonderful life and i'll always pray for your success in whatever you do. Umm... next year you will further study at UK. I just hope that you will study hard and become a successful person. Don't forget your family, religion, and country. May you be safe and happy nevertheless where ever you are. Be strong and stay strong. Happy birthday.

Saturday, December 26, 2009





ATTENTION:

Keputusan PMR dah keluar.. dan secara kebetulan adik aku ( Salsabilah bt Saiful Marsidi ) yang sekolah kat SMK Seri Gunong pom PMR tau nie. tak tahulah setakat mana usaha dia tapi result die boleh dibanggakan.

6A 2B

Wow, walaupun result tue lebih rendah daripada yang aku dan kakak kitaorang dapat tapi kira ok lah kan?
Apepom, abah dan mak memang happy dan tahniah ntuk adik aku (yang tersayang).


;;